PENOLAKAN masyarakat terhadap bekas penagih dan tiadanya peluang pekerjaan menjadi antara faktor utama mendorong golongan itu kembali melakukan aktiviti penagihan meskipun pada awalnya sudah berjaya dipulihkan.
Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Mohd Yunus Pathi, berkata sehingga hari ini tiada satu mekanisme atau pendekatan terbaik diambil kerajaan bagi menangani masalah penagihan berulang, malah terus meminggirkan golongan penagih daripada menikmati kehidupan seperti orang biasa. Katanya, Ahli Parlimen sewajarnya melihat sendiri kepayahan yang ditanggung penagih dengan melawat penjara atau pusat pemulihan selain melakukan tindakan susulan selepas penagih keluar penjara bagi memastikan tidak berlaku ketagihan berulang.
Malah, beliau berharap, sistem pemulihan sedia ada yang diamalkan di penjara dapat dilihat semula supaya lebih memberi penekanan kepada pemulihan sepenuhnya termasuk pemantauan selepas proses pemulihan.
Katanya, sistem pemulihan sedia ada yang diamalkan di penjara tidak cenderung kepada pemulihan sepenuhnya kerana tidak ada langkah susulan dibuat selepas banduan dibebaskan.
“Peluang pekerjaan kepada bekas banduan juga amat susah, malah jabatan kerajaan sendiri tidak mahu menerima mereka meskipun sudah disahkan pulih sepenuhnya. Lebih mengecewakan, kerajaan juga sehingga kini tidak meluluskan elaun pembimbing rakan sebaya yang terdiri daripada Alumni Pusat Serenti.
“Sebaiknya, kerajaan lebih prihatin dalam membantu memulihkan penagih dengan mewujudkan agensi pekerjaan bekas penagih untuk sekurang-kurangnya memberi mereka peluang menceburi apa saja bidang kerjaya. “Antara langkah yang boleh diambil adalah mengurangkan pengambilan pekerja asing dengan mengambil bekas banduan atau penagih bekerja di sektor yang selama ini dikuasai pekerja negara luar,” katanya.
Selain itu, Mohd Yunus berkata, bagi menampung masalah kesesakan di penjara dan pusat pemulihan serta memantapkan pemantauan ke atas bekas penagih, kaedah pemulihan dalam komuniti perlu diperkenalkan dengan menggunakan jawatankuasa masjid, kampung dan daerah untuk menggerakkan pusat khidmat di kawasan masing-masing. Katanya, tidak semua penagih perlu dihantar ke penjara atau pusat pemulihan kerana hanya menagih dalam skala yang kecil tetapi pemulihan tetap perlu dibuat supaya tidak melarat.
“Semua langkah ini lebih mudah jika digerakkan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk mengendalikan pusat jagaan lanjutan yang berperanan membuat langkah susulan kepada bekas penagih.
“Langkah susulan ini penting bagi mengelak mereka menagih semula selain memastikan golongan itu tidak melakukan kesalahan kecil lain untuk mencari duit mendapatkan bekalan dadah,” katanya.
Mohd Yunus berkata, hakim juga perlu memainkan peranan penting ketika menjatuhkan hukuman kerana sering berlaku penagih atau pesalah dipenjarakan atau ditempatkan di pusat pemulihan yang sangat jauh dari tempat asal mereka.
Keadaan itu, katanya, akan menyebabkan perhubungan kekeluargaan menjadi semakin renggang dan lebih menyukarkan lagi proses pemulihan kerana penagih tidak akan dapat merasai nilai kasih sayang dan perhatian keluarga.
“Peranan keluarga sangat penting. Jika keluarga tidak mengambil endah, penagih akan rasa tersisih dan jarang golongan ini dapat dipulihkan. Akhirnya, mereka akan menagih semula selepas keluar dari pusat pemulihan.
“Justeru, kaunselor perlu memainkan peranan penting untuk menyedarkan keluarga mengenai kepentingan mereka dalam membantu memulihkan penagih. Kerana itulah, Pengasih mensyaratkan ahli keluarga perlu mendaftar sebagai ahli Persatuan Sahabat Pengasih Malaysia,” katanya.
Menurut statistik, Rumah Pengasih seluruh negara menerima kemasukan seramai 105 residen dari Januari hingga Disember 2007 membabitkan 97 lelaki dan lapan wanita manakala 93 daripadanya berbangsa Melayu.
Daripada jumlah itu juga, tiga daripadanya adalah di kalangan penagih juvana berumur di bawah 15 tahun dengan majoriti penghuninya daripada golongan di bawah 30 tahun iaitu seramai 69 orang.
Monday, March 31, 2008
Laporan Khas: Tiada kerja punca penagihan berulang 31/03/2008
Sektor awam sepatutnya jadi contoh ambil bekas pesalah dadah bertugas
ADAKAH semua pihak benar-benar serius atau sekadar melepaskan batuk di tangga dalam usaha menangani masalah penagihan berulang? Adakah semua pihak hanya pandai menuding jari tetapi berdiam diri dengan membiarkan kemelut itu terus menjadi 'duri dalam daging' yang akhirnya memburukkan reputasi negara dengan kebanjiran penagih tegar.
Menyelongkar senario ini, seakan banyak juga kelemahan dan kelompangan tanpa disedari, seakan menjadi kunci utama penggalakan lebih ramai penagih berulang melakukan 'kerjaya' yang sama, malah ada yang sudah cemerlang setapak ke depan melakukan jenayah lebih hebat. Memang benar, mengembalikan penagih kepada landasan sebenar bukan kerja mudah kerana menurut takrifan antarabangsa, penagihan adalah sejenis penyakit kronik berulang yang sukar dipulihkan.
Namun, sejauh mana usaha yang dijalankan semua pihak termasuk agensi kerajaan menampakkan mereka benar-benar serius membantu penagih kembali kepada kehidupan sebenar kerana apa yang berlaku kini, ruang kepada bekas penagih untuk hidup selesa seakan-akan dinafikan. Nada Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Sabran Napiah, yang kecewa dengan polisi kerajaan dalam membuka ruang pekerjaan kepada bekas penagih, wajar diberi perhatian. Agak mengecewakan jika golongan bekas penagih yang sudah menunjukkan komitmen untuk berubah tidak diberi ruang dalam agensi pekerjaan di sektor awam sedangkan sewajarnya kerajaan memainkan peranan utama membantu pemulihan mereka.
Justeru, tidak logik rasanya sektor swasta mampu menerima kemasukan bekas penagih bekerja di tempat mereka jika kerajaan sendiri 'menutup pintu' untuk membantu golongan itu menjadi rakyat biasa. Salah siapa jika akhirnya penagih memilih jalan untuk kembali menagih, melepak di lorong gelap, menyamun atau melakukan pelbagai jenayah lain untuk memenuhi keperluan kehidupan mereka selain mencari dana untuk menyara kos membeli bahan terlarang. Lihatlah sekeliling kita, sama ada di ceruk kampung atau di tengah bandar besar.
Jarang ada masyarakat yang terbuka menerima bekas penagih bersama dalam komuniti yang sama. Penghinaan ke atas mereka berterusan meskipun jelas golongan itu sudah bersih sepenuhnya daripada najis dadah. Mengenai kaedah digunakan di penjara pula dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah termasuk penagih, sewajarnya diperhalusi kembali apabila kebanyakan bekas banduan menyifatkan penjara sebagai pusat latihan jenayah.
Apabila dipertimbangkan pandangan mereka berdasarkan pengalaman berkali-kali keluar masuk penjara, senario itu seakan ada benarnya dan tidak boleh dinafikan. Bayangkan, jika seorang penagih dijatuhkan hukuman penjara dan diletakkan bergaul dengan pelbagai jenis penjenayah yang mempunyai pelbagai kepakaran, adakah mustahil penagih itu belajar pula teknik mencuri, pecah rumah, meragut dan bermacam lagi skil melakukan jenayah?
Akhirnya, daripada seorang penagih yang hanya tahu menghisap dadah, yang hanya tahu selok belok mengenai dadah, menjadi seorang yang pakar pula dalam hal jenayah lain apabila keluar dari penjara. Itulah tersirat dalam tersurat.
Masyarakat memahami penjara sebagai institusi menghukum dan memulihkan pesalah tetapi tanpa disedari, ada penerapan ilmu negatif yang diperoleh tanpa dapat dikawal berlaku di dalam penjara. Apabila penagih keluar penjara dan bergelar bekas banduan, penolakan masyarakat dan kesukaran mendapat pekerjaan menyebabkan mereka menggunakan kemahiran yang ada untuk menceburi 'kerjaya' baru yang dipelajari daripada 'otai jenayah' di penjara.
Jika putaran ini berterusan, sampai bila pun masalah penagih dan pesalah berulang tidak akan dapat diatasi dan terus menjadi kemelut kepada pihak berkuasa seterusnya meningkatkan kadar jenayah di negara ini.
Melihat kepada statistik AADK dan Pengasih pula, jelas sekali menunjukkan penagih kini datang daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk mereka yang berpelajaran tinggi. Jika dulu, penagihan hanya dikaitkan dengan golongan kelas bawahan, tetapi kini sudah ada penagih yang memiliki kelulusan tinggi sehingga ijazah kedoktoran, malah ada yang berkerja sebagai doktor dan peguam terbabit dengan aktiviti tidak sihat itu. J
usteru, adakah senario kini menunjukkan negara ini semakin bebas daripada najis dadah jika penyakit itu sudah menular pula ke setiap pelosok lapisan masyarakat dan seterusnya melekat kuat pula lantaran terbukti sukar diubati.
Kesimpulannya, tidak ada jalan mudah atau singkat bagi menangani isu ini kecuali kerajaan dan agensi berwajib perlu seiringan berganding tenaga mencari apa saja alternatif untuk menghapus atau mengurangkan jumlah penagih secara optimum.
Jangan sekadar melepaskan beban tugas itu kepada AADK atau agensi lain saja sedangkan masyarakat terus menjadi ejen utama menyuntik keinginan kepada penagih untuk kembali menagih selama-lamanya. Kerajaan pula perlu melihat semula polisi mereka yang selama ini memperlakukan penagih seperti 'anak tiri' sehingga seakan-akan menjadi salah satu badan yang menghalang bekas penagih menjadi manusia.
Renung dan amati peranan masing-masing.
Adakah benar kita membantu mereka menjadi insan atau sikap endah tak endah dan lepas tangan kita menjadi punca utama mereka kembali ke lembah kehinaan.

54 peratus 'orang lama' masuk pusat serenti
KEMASUKAN ke pusat serenti di seluruh negara pada Januari tahun ini menunjukkan jumlah penagih berulang lebih ramai iaitu sebanyak 54 peratus atau 928 orang berbanding hanya 789 penagih baru. Malah, jumlah penagih berulang bagi bulan itu juga menunjukkan peningkatan sebanyak enam peratus berbanding hanya 875 kemasukan pada Januari 2007.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Sabran Napiah, berkata masalah penagihan berulang memang sudah lama menjadi kemelut yang melanda mana-mana negara seluruh dunia dan pelbagai langkah sudah digerakkan untuk mengatasinya.
Katanya, isu penagihan berulang adalah satu masalah yang sukar ditangani, malah definisi saintifik antarabangsa mengkelaskan senario itu sebagai sejenis penyakit kronik yang berulang tanpa ada kaedah perubatan paling sesuai.
"Menurut standard antarabangsa, setiap pusat pemulihan hanya berkeupayaan memulihkan 30 peratus daripada keseluruhan penghuninya, manakala selebihnya akan kembali menagih selepas dibebaskan.
"Sekurang-kurangnya, proses pemulihan di negara ini menunjukkan sedikit kejayaan dengan mengatasi piawaian itu apabila pada tahun lalu sebanyak 38 peratus daripada penagih berjaya dipulihkan sepenuhnya. Namun, jumlah itu masih sangat kecil," katanya.
Beliau berkata, dua masalah yang sering dihadapi oleh mana-mana agensi pemulihan adalah untuk melaksanakan aktiviti pencegahan dan dalam masa yang sama mengurangkan kadar pengulangan. Katanya, sehingga kini, AADK memainkan peranan menanam kesedaran kepada masyarakat supaya menjauhi dadah dengan menerapkan kefahaman seterusnya mewujudkan rasa gerun berkenaan risiko yang bakal ditanggung jika terjebak sebagai penagih.
"Selain itu, strategi utama yang sedang digerakkan AADK kini adalah menjalankan program pengawasan, rawatan dan pemulihan dalam komuniti kerana pastinya semua sedia maklum bahawa jumlah penagih dalam komuniti lebih ramai berbanding di institusi pemulihan.
"Katakan ada 10,000 penagih menerima rawatan pemulihan di penjara, pusat serenti, Rumah Pengasih dan agensi lain, jumlah itu masih terlalu sedikit berbanding berjuta penagih lain dalam kelompok masyarakat luar.
"Justeru, tanpa ada kompromi, AADK perlu memberi lebih penekanan kepada aktiviti pemulihan dalam komuniti bagi mencegah kewujudan penagih baru selain memastikan bekas penagih tidak kembali menagih," katanya. Sabran berkata, bagi mencapai matlamat itu, AADK menerusi jawatankuasa pemulihan di setiap daerah berusaha menjejaki semua bekas penagih yang dibebaskan supaya dapat membabitkan diri dengan aktiviti di pusat pemulihan dalam komuniti.
Bagaimanapun, beliau nyata kecewa dengan sikap masyarakat yang masih tidak mahu menerima golongan penagih untuk bersama-sama menjadi ahli komuniti menyebabkan pelaksanaan program itu belum mencapai matlamat sebenar.
"Ada penagih yang tidak mendapat tempat di rumah sendiri, dihalau ibu bapa malah masyarakat mencemuh mereka menyebabkan ada yang terpaksa lari daripada masyarakat dan akhirnya kembali kepada kumpulan penagih di belakang lorong.
"Bagi menangani masalah itu, pusat khidmat di setiap daerah kini menyediakan tempat tinggal sementara untuk memberi peluang kepada bekas penagih menstabilkan diri sebelum mampu keluar bekerja menyara hidup sendiri," katanya.
Beliau turut menyelar polisi yang diamalkan setiap agensi kerajaan kini yang masih mensyaratkan untuk tidak menerima bekas penagih sebagai pekerja meskipun sudah diakui pulih sepenuhnya. Beliau berkata, jika agensi kerajaan sendiri enggan menerima mereka bekerja, amat mustahil syarikat swasta sanggup berlapang dada menerima bekas penagih.
"Siapa saja yang ada rekod penagihan dadah tidak akan diterima bekerja di mana-mana sektor. Masyarakat tidak sedar bahawa ada bekas penagih yang mempunyai kemahiran tinggi dalam sesetengah bidang, malah kebanyakan mereka sangat tekun apabila bekerja.
"Mereka pula bukan mahukan pekerjaan yang hebat dan bergaji besar. Asalkan sektor pekerjaan menerima mereka sebagai pekerja, ia sudah cukup baik. Tak kiralah apa jenis pekerjaan pun. Bekas penagih pun tak ramai yang berpelajaran tinggi.
"Apa yang mereka perlukan ialah kehidupan selepas keluar dari pusat pemulihan. Tetapi, mengecewakan apabila undang-undang kerajaan sendiri tidak menerima penagih sebagai kakitangan awam," katanya. Sabran juga tidak menafikan ada penagih yang dipenjarakan tidak mempunyai pilihan lain kecuali kembali menagih dan menjalankan aktiviti jenayah lain, tambahan pula selepas menerima pendedahan pelbagai teknik jenayah ketika berada bersama penjenayah lain dalam penjara.
"Tak kiralah di penjara atau di Pusat Serenti sendiri, diakui memang ada kebocoran bahan terlarang berlaku termasuk yang dibekalkan oleh warden atau pegawai di pusat itu. Ia memang berlaku dan pihak bertanggungjawab sedang berusaha mengatasinya," katanya.
Beliau berkata, bagi mencapai matlamat memerangi dadah, empat perkara perlu diberi keutamaan iaitu memastikan seluruh anggota keluarga, institusi pendidikan termasuk sekolah dan institusi pengajian tinggi, tempat kerja dan komuniti bebas daripada dadah.
Katanya, AADK juga sedang berusaha keras memberi keyakinan kepada kerajaan untuk mengubah dasar sedia ada selain menggalakkan bekas penagih berdikari menjalankan perniagaan sendiri dengan memanfaatkan skim pinjaman peniaga kecil yang diwujudkan beberapa agensi kerajaan seperti Tekun.
Cetak artikel Hantar pada kawan

Fungsi penjara sebagai pusat tahanan perlu dikaji
PENJARA sebagai pusat latihan jenayah? Bunyinya seakan pelik tetapi dalam maksud tersirat ia adalah satu realiti yang tanpa disedari berlaku di penjara sama ada disedari atau tanpa sedar terus menular mencipta lebih ramai penjenayah berstatus pakar.
Memang semua sedia maklum bahawa penjara adalah pusat pemulihan dan tempat menjatuhkan hukuman kepada pesalah yang didapati bersalah oleh mahkamah dan objektif utama untuk memulihkan. Namun, daripada hasil temu bual dengan beberapa penagih yang pernah beberapa kali keluar masuk penjara, didapati ada benarnya dakwaan di atas bahawa penjara mengajar mereka menjadi lebih pakar melakukan pelbagai jenayah, sekurang-kurangnya sebagai kaedah mencari duit untuk mendapatkan bekalan dadah.
Mohd Shukri Abdul Halim (nama samaran) yang kini sedang menjalani proses pemulihan di Rumah Pengasih Kuala Lumpur, berkata pengalamannya dipenjarakan sebanyak tiga kali tidak banyak mengubah cara hidupnya, malah menjadikan dirinya lebih kerap melakukan jenayah. Dia yang dipenjarakan atas pelbagai kesalahan termasuk penagihan dadah, samun dan bergaduh serta berkali-kali ditahan di lokap atas kesalahan yang sama menyifatkan penjara hanya dapat memberikannya keinsafan sementara dan lebih banyak menyakitkan fizikalnya daripada memulihkan rohaninya. “Dalam penjara, saya tak rasa yang saya belajar apa-apa. Apa yang pasti saya lebih banyak belajar perkara yang menjadikan saya lebih jahat. Daripada tidak tahu kepada tahu. Malah, bahan terlarang pun masih mudah diperoleh di situ.
“Apabila banyak benda baru saya belajar, ia boleh dipraktikkan di luar dan sekali gus menyebabkan saya terbabit dengan pelbagai jenis jenayah baru daripada hanya menagih dadah sebelum masuk ke penjara.
“Berbeza apabila saya ditempatkan di Pengasih. Di sini, saya belajar memperbaiki masalah rohani dan mental. Belajar mengawal emosi supaya minda saya dapat menolak ketagihan dadah secara berterusan,” katanya. Katanya, selama dipenjarakan sebelum ini, dia hanya merasai kesakitan fizikal yang berbentuk sementara dan mewujudkan perasaan dendam dalam dirinya, bukan keinsafan.
Penagih wanita, Rosbaiti Rahimin (nama samaran), yang pernah merasai pengalaman dipenjarakan di Penjara Wanita Pangkalan Chepa, berkata pergaulannya dengan orang lebih dewasa dan rakyat negara luar dalam penjara yang sama membolehkannya belajar banyak perkara negatif.
“Di penjara, saya dapat kenal ‘tokan’ (pembekal) besar. Saya bangga dapat berkenalan dengan mereka dan belajar macam-macam mengenai dadah.
“Apabila dapat peluang berkenalan dengan pelbagai jenis penjenayah, skil jenayah saya juga semakin hebat dan banyak benda baru yang saya tidak tahu selama ini boleh dipraktikkan di luar penjara. Mencuri menjadi lebih mudah.
“Memang di penjara hukumannya memeritkan dan buat saya rasa serik tetapi tak pernah rasa insaf. Yang ada hanya rasa dendam apatah lagi apabila banyak perkataan kasar digunakan oleh warden di penjara. Kekerasan sebegitu yang saya tidak boleh terima,” katanya.
Pengurus Program Rumah Pengasih, Suhaimi Ahmad, yang mempunyai pengalaman dipenjarakan sebanyak empat kali selain menagih dadah selama 22 tahun, berkata pergaulan dengan pelbagai jenis penjenayah di penjara menjadikan dirinya lebih ke arah negatif.
Dia yang sudah 13 tahun berkhidmat dengan Rumah Pengasih, berkata kebanyakan bekas banduan atau penagih jarang dapat pulih sepenuhnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)